PANDUAN MENJALANKAN PROGRAM MENTORING

PANDUAN MENJALANKAN PROGRAM MENTORING

       Dalam melaksanakan program mentoring di MRSM beberapa langkah-langkah perlu diberi perhatian. Ia meliputi polisi mentoring, ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan semasa memilih mentor, proses pelaksanaan program mentoring serta peranan dan tanggunjawab individu yang terlibat

       Dalam melaksanakan program mentoring di MRSM beberapa langkah-langkah perlu diberi perhatian. Ia meliputi polisi mentoring, ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan semasa memilih mentor, proses pelaksanaan program mentoring serta peranan dan tanggunjawab individu yang terlibat.    

       1.   POLISI
                -   Pemilihan mentor, insentif, terma dan syarat,  tanggungjawab pengetua

      2.            PELAKSANAAN PROGRAM MENTORING
                -   Ciri mentor, sumber-sumber yang diperlukan, logistik

     3.            TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
                -   Pengetua,TPHEA, Ketua Jabatan, Guru Kanan, Mentor, Mentee

     1.      POLISI
               
            a.  Pemilihan Mentor
    •        Mesti sekurang kurangnya mempunyai 10 tahun pengalaman mengajar
    •        Mempunyai prestasi cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran
    •        Dihormati di kalangan masyarakat maktab kerana integritinya.
    •        Mengajar di MRSM yang sama.
    •        Sebaik-baiknya daripada subjek dan jabatan yang sama.
    •        Pernah mengikuti latihan kepakaran sebagai mentor.
              b.            Insentif
                   Mentor adalah dipilih oleh Pengetua/Pengarah.Cadangan-cadangan adalah                                  tertakluk kepada persetujuan /pengesahan daripada BPM dan BSM.

              Mentor yang berjaya akan dipertimbangankan untuk kenaikan pangkat dan                                  anugerah cemerlang.

                  Mentor dikecualikan daripada tanggungjawab bukan akademik seperti penyelaras                       program lain di maktab/kolej

             Mentor diberi ganjaran berbentuk wang tertakluk kepada budibicara
                           (Discretionary Monetary Reward)

            Kedudukan(status) mentor akan dikaji semula dalam usaha meringkan beban dan                       tanggungjawab mereka(Contoh: Dalam konteks beban mengajar: Jumlah waktu                           mengajar seseorang mentor seharusnya tidak melebihi 20 selamasa seminggu; Dari                     segi  kedudukan pula, peranan mentor patutlah diiktiraf oleh MARA)



c.     Terma dan syarat
      
       Untuk memastikan program mentoring berjalan lancar dan berkesan, pihak sekolah perlu memberi perhatian kepada langkah-langkah penting seperti berikut
                 
       Nisbah mentor-mentee mestilah tidak melebihi 3 mentee –1 mentor (Bagi guru cemerlang tidak melebihi 2 mentee)
       Perlantikan adalah untuk tempoh 1 tahun pengajian dan boleh diperbaharui(sekiranya ada keperluan)
       Dalam setiap jabatan di maktab mestilah ada sekurang-kurangnya seorang mentor terlatih
       Mentor tidak bertanggungjawab di atas perletakan jawatan mentee.
       Sebelum perlantikan, setiap mentor mestilah menjalani latihan mentoring terlebih dahulu.

Mentor mestilah membuat catatan atau merekod semua aktiviti mentoring 
dalam buku log yang akan digunakan untuk tujuan statistik dan kajian 
semula di akhir tahun.

d.    Tanggungjawab Pengetua

       Mentoring memainkan peranan penting dalam mengorientasikan guru-guru                baru.  Justeru keberkesanan dan kejayaan mereka bergantung kepada                                 sokongan  padu  daripada pengetua

     Berikut ialah panduan untuk pengetua/pengarah :

·         Menunjukkan minat dan perhatian di atas kehadiran guru baru.  Mereka merupakan menentu kepada kejayaan program mentoring maktab dengan mewujudkan suasana yang mengalakkan perkembangan/kemajuan program.
·         Mempamerkan sokongan dalam semua program mentoring dan memastikan semua warga maktab turut menyokong program ini.
·         Memudahkan proses mentoring dengan memastikan halangan-halangan birokrasi dan lain-lain diminimakan..
·         Memperuntukkan masa supaya mentee dan mentor dapat bertemu dan mencerap pengendalian kelas masing-masing.
·         Memastikan mentee bertugas di tempat yang berdekatan dengan mentor.
·         Memastikan setiap mentor telah menerima latihan mentoring.
·         Memastikan setiap mentor menerima semua alatan dan sumber yang diperlukan dalam melaksanakan tugas mereka.
·         Menetapkan kekerapan pertemuan(1 kali dalam 1 semester) antara jabatan-jabatan yang mengendalikan program mentoring untuk meningkatkan usahasama demi pembangunan professionalisme guru.
·         Memastikan jumlah waktu mengajar yang adil dan tidak membebankan(maksima 20 selamasa seminggu)
·         Memastikan pihak-pihak lain yang berkaitan seperti ibu bapa dan pelajar-pelajar dimaklumkan mengenai tujuan program mentoring ini diadakan.
·         Menghormati kerahsian hubungan dan jalinan kerja antara mentor dan mentee
·         Menghantar laporan tahunan program mentoring kepada Pengarah BPM  mengikut format yang ditetapkan.



2.            PELAKSANAAN PROGRAM MENTORING

               A.        CIRI MENTOR

·         Mereka bersifat terbuka dan jujur
·         Mereka sering memberi pendapat yang membina, berdedikasi dan mempunyai keghairahan terhadap tugas.
·         Mereka memiliki emosi yang matang dan boleh menghadapi reality.
·         Mereka adalah asertif tetapi prihatin
·         Mereka mempunyai kemahiran interpersonal yang baik seperti berkeupayaan menjalinkan hubungan, berkomunikasi, mendengar, menyoal, mengurus konflik dan member motivasi.
·         Mereka faham tentang kebimbangan dan pengalaman yang dilalui oleh seorang guru baru.

·         Mereka merupakan contoh yang baik dan segani di sekolah.

B.    SUMBER-SUMBER YANG DIPERLUI
        
      Sumber-sumber yang diperlukan oleh mereka yang terlibat dalam           program  mentoring adalah seperti berikut  :

·          Buku Panduan Kurikulum
·          Spesifikasi Kurikulum Subjek(Silibus)
·          Buku Skema Kerja
·          Fail Persediaan Mengajar
·          Buku teks dan rujukan
·          Buku Panduan “A Framework for teaching
·          Buku Panduan Mentoring
·          Kalendar Persekolahan(Planner)
·          Buku Panduan Homeroom
·          Buku Peraturan Maktab
·          Panduan Etika Perguruan
·          Senarai aktiviti kokurikulum yang ditawarkan di maktab
·          Buku Panduan”Schoolwide Enrichment Model”(SEM)


      C.    LOGISTIK
                      
Logistik yang diperlukan untuk memudahkan proses mentoring termasuk
perkara-perkara berikut  :

·         Bilik Perbincangan/Rundingan

·         Kemudahan ICT

3.            TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
           
    Mereka yang mempunyai peranan dalam sistem mentoring di maktab ialah seperti   
           berikut  :

                a.    Pengetua
                Untuk garis panduan tanggungjawab pengetua,  sila rujuk bahagian 4.

                b.    Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik (TPHEA)
                TPHEA boleh dilantik sebagai Penyelaras Program Mentor di maktab. 

§  Mengenalpasti dan memastikan kemudahan sumber-sumber yang
berguna di maktab mudah diperolehi .
§  Memantau perkembangan profesional guru-guru baru selepas
berakhirnya proses mentoring dan mengenalpasti mereka yang
§  berpotensi untuk memegang jawatan-jawatan dalam jawatankuasa yang
terdapat di maktab. 
§  Membantu membentuk budaya ilmu dan kemajuan secara menyeluruh
dikalangan komuniti maktab.


c.    Ketua-Ketua Jabatan dan Guru Kanan

   —    Ketua-Ketua Jabatan bertanggungjawab menyediakan bahan dan sumber yang berkaitan dengan subjek yang diajar.  Beliau juga boleh memberi sokongan dalam membimbing mentee dalam hal-hal berkaitan subjek dan seterusnya membantu dalam hal-hal pedagogi


d.      Mentor
         Mentor memberi panduan kepada mentee dengan cara  berikut  :

·           Membincang pengajaran yang berkesan
·           Memerhati dan kemudian memberi komen secara membina mengenai   pengajaran mentee
·           Membantu mentee membentuk rutin pengurusan kelas yang baik agar proses pembelajaran menjadi efektif.
·           Mentor juga mengambil bahagian dalam merancang proses orientasi guru baru anjuran maktab.  Pada akhir tahun mereka juga akan menulis satu laporan(review) tentang pengalaman mereka berkaitan program mentoring dan menghantar kepada TPHEA
·         Tanggungjawab utama mentor ialah memberi    sokongan dan  bimbingan kepada guru baru.

     Mentor memberi sokongan dengan cara berikut  :

·           Perjumpan formal berkala(dijadualkan) dengan mentee
·           Perjumpaan tidak formal(perbincangan) dengan mentee.
·           Kaunseling selepas peristiwa yang menyebabkan stress(sekiranya ada)
·           Membantu mendapatkan sumber-sumber untuk mengajar


e.      Mentee
        Mentee adalah guru baru.  Mereka juga mempunyai hak dan tangungjawab sendiri. Hak-hak mereka termasuk  :

o    Kerahsiaan terhadap hubungan mentoring
o    Dikecualikan daripada mengajar kelas-kelas peperiksaan.
o    Dikecualikan daripada mengajar pada minggu pertama selepas melaporkan diri untuk bertugas.
o    Dalam keadaan tertentu mereka boleh meminta untuk menukar mentor



LATIHAN UNTUK MENTOR (MENTOR  TRAINING)

     Berikut adalah beberapa latihan yang boleh dimasukkan dalam kursus mentor.  Senarainya boleh ditambah.
             
   a.      Interpersonal and Personal Skills
·         Developing active listening skills
·         Feedback skills
·         Support skills
·         One-to-one communication skills
·         Assertiveness training
·         Professional Skills
·         Lesson observation and its different purposes(for developing, for evaluation, for professional learning, etc)
·         Design and use of observation instruments
·         The process of clinical supervision
·         Basic classroom research skills
·         Questioning, challenging, focusing, summarising
·         Problems-solving skills
·         Organising and record-keeping skills
·         Acting as a change agent