LAPTOP
Pihak MARA telah menyediakan setiap guru dengan sebuah Laptop
untuk guru membuat pelbagai tugasan dengan mudah tanpa perlu berkongsi dengan
orang lain. Apabila berkursus kebiasaannya laptop perlu dibawa bersama.
Sebarang kerosakan sila laporkan kepada Juruteknik Komputer dengan
mengisi Borang Kerosakan secara online untuk diambil tindakan.
Kehilangan laptop adalah tanggungjawab guru dan perlu dibayar
kepada pihak MARA sebagai ganti rugi.
Guru yang berpindak ke maktab lain atau menamatkan perkhidmatan
diwajibkan memulangkan laptop kepada pihak pentadbiran maktab.
PRINTER & MESIN FOTOSTAT
Di Bilik Kerja Guru disediakan beberapa printer dan sebuah mesin fotostat. Printer turut disediakan di dalam Bilik Ketua Jabatan.