GURU PENASIHAT HOMEROOM
Homeroom adalah keluarga pelajar. Setiap
guru akan diberikan sekurang-kurangnya 15 orang pelajar angkat. Tugas guru homeroom adalah mengambil berat hal-hal akademik, emosi dan sahsiah pelajar di bawah jagaannya.
Perjumpaan rasmi homeroom adalah setiap dua minggu sekali pada petang ahad, bermula pukul 3.15 petang. Guru homeroom digalakkan mengadakan perjumpaan secara tidak rasmi dengan pelajar homeroom dengan membuat pelbagai aktiviti bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

Setiap
aktiviti bersama homeroom hendaklah direkodkan di dalam Fail Homeroom. Segala
maklumat mengenai pelajar homeroom hendaklah direkodkan. Pada
setiap akhir semester, Fail Homeroom akan disemak oleh Timbalan Pengetua Hal Ehwal
Pelajar.
Guru
homeroom juga bertanggungjawab menyediakan Laporan Homeroom bagi setiap pelajar homeroom untuk diposkan bersama-sama Laporan Akademik pada setiap akhir
semester. Sila dapatkan borang berkenaan di Bilik Kerja Guru.
GURU KELAS
Sebuah kelas terdiri dari dua homeroom, guru penasihat homeroom adalah juga guru kelas. Tugas guru kelas adalah memantu kelas supaya sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan ceria.
GURU PENASIHAT KOKURIKULUM
Seriap guru wajib memegang jawatan sebagai guru penasihat kokurikulum. Tugas guru adalah memastikan aktiviti kokurikulum berjalan seperti dirancang oleh pihat maktab.Guru hendaklah memastikan setiap pelajar di dalam jagaannya berjaya menghabiskan kursus mengikut jam kredit yang ditetapkan dan menandatangani Buku Kokurikulum Pelajar.