Pastikan kawasan di sekitar maktab dan di premis maktab mengikut peraturan 5S yang diwarta oleh pengurusan maktab, Guru-guru wajib mengikuti arahan Ketua Jabatan masing-masing untuk tujuan keseragaman.Pertandingan antara unit-unit di Bilik Guru akan diadakan awal tahun 2015 bagi menjayakan program 5S. Maktab telah berjaya mendapat sijil 5S pada tahun 2014 dan setiap tahun program 5S akan dipantau untuk samada mengekalkan sijil tersebut atau membatalkan sekiranya tidak menepati peraturan 5S.
Sama-samalah kita warga maktab menjayakan program 5S di maktab yang kita cintai ini.