CUTI SAKIT & CUTI REHAT

  1. Bilangan hari Cuti Sakit ialah 12 hari dan Cuti Rehat ialah 7 hari.
  2. Sekiranya Cuti Sakit sudah habis, dan hendak bercuti sila maklumkan kepada Pengetua untuk memohon kebenaran dan gaji akan dipotong.
  3. Doktor panel hanya boleh memberi 2 hari cuti sakit sahaja untuk setiap permohonan.
  4. Jika hendak memohon cuti sakit lebih dari 2 hari berturut-turut, sila ke Hospital Kerajaan dan bawa “Gurenty Letter’ dari pejabat.
  5. Jika tidak dapat hadir ke kelas kerana Cuti Sakit, sila maklumkan melalui SMS kepada TPHEA dan Ketua Jabatan.
  6. Jika Cuti Sakit diambil lebih dari 150 hari sepanjang perkhidmatan maka”Ganjaran Wang Sagu Hati” akan ditolak.
  7. Cuti Rehat bukan hak mutlak, ia untuk tujuan kecemasan dan hal peribadi yang mustahak dan perlu memohon dengan mengisi Borang Cuti Rehat dan dapatkan tandatangan pengetua.
  8. Cuti Rehat yang tidak dihabiskan dalam setahun boleh dihimpunkan 150 hari sepanjang berkhidmat dan akan dibayar sebagai ‘Golden Hand Shake’ dengan sejumlah wang apabila pencen kelak.
  9. Jika hendak bercuti keluar negara, sila buat permohonan kepada ibupejabat MARA, KL untuk mendapatkan kebenaran.