ARAHAN BERKURSUS

  1. Jika keluar berkursus, guru perlu mengisi borang tugas Rasmi dan jumpa pengetua untuk pengesahan tuntutan bayaran.
  2. Jika diarahkan berkursus atau bermesyuarat, laporkan kepada Ketua Jabatan untuk mencari guru ganti kelas yang ditinggalkan.
  3. Boleh menggunakan wang pendahuluan sebanyak 60% dari jumlah perbelanjaan berkursus.
  4. Selepas balik berkursus, isi Borang Tuntutan Perjalanan dari pejabat dengan segera tidak lebih dari satu minggu.
  5. Jika sakit atau ada hal penting dan tidak dapat hadir berkursus, segera maklumkan kepada Pengetua untuk diganti dengan guru lain.