KRITERIA DALAM PENYELIAAN

1. RANCANGAN PENGAJARAN

a) OBJEKTIF PENGAJARAN
- dinyatakan dengan jelas, tepat dan ringkas
- meliputi semua isi pengajaran dan sukatan pelajaran

b) ISI PENGAJARAN
- Isi penting dicatatkan
- Disusun mengikut peringkat mudah ke susah (mengikut perkembangannya)
- Eksperimen-eksperimen dicatatkan (jika perlu)


2. PENGAJARAN

a) INDUKSI SET (PERMULAAN)
- Mendapatkan perhatian pelajar
- Membangunkan motavsi
- Tajuk, tujuan pelajaran dinyatakan dan menstruktur
- Membuat hubungan (tajuk pelajaran dengan pelajaran terdahulu ata kejadian-kejadian semasa) atau lain-lain.

b) PENYAMPAIAN

Kelancaran (face)
- Dapat menyampaikan pelajaran dengan lancar, teratur dan mengikut kemampuan pelajar.

Kejelasan Penerangan
- Boleh menerangkan sesuatu dengan jelas
- Menggunakan istilah/bahasa yang betul
- Memberi penekanan terhadap perkara-perkara penting
- Tidak ragu-ragu dengan pelajaran yang disampaikan

Penglibatan Pelajar
- Pelajar melibatkan diri di dalam aktiviti pengajaran
- Dapat menimbulkan minat pelajar
- Menunjukkan kemesaran dengan pelajar

c) PERHATIAN KEPADA PELAJAR

- Sentiasa memerhati dan mengawasi pelajar dalam kelas
- Dapat mengesan pelajar-pelajar yang lemah/tidak memahami pelajar itu
- Memberi tunjuk ajar/perhatian yang lebih kepada pelajar-pelajar lemah

d)  TEKNIK PENYOALAN

- Soalan-soalan terang/jelas
- Soalan berbagai peringkat
- Menggunakan pelbagai teknik dalam penyoalan :-
   i) Perhentian sebentar
  ii) Mencari penjelasan lanjut
 iii) Alih tumpuan
 iv) Ubah haluan
  v) Menjemput sukarelawan dan bukan sukarelawan
 vi) Menyiasat

e) PENGGUNAAN PAPAN PUTIH

- Tulisan atau grafik teratur, terang dan jelas
- Menggunakan ruang dengan sistematik
- Penggunaan warna dan kelainan

f) PENGGUNAAN ALAT BANTUAN MENGAJAR

- Sesuai dengan isi pelajaran
- Terang dan berkaitan
- Dapat menggunakan dengan berkesan
- Menarik minat  pelajar
- Pencapaian objektif

g) PENGENDALIAN EKSPERIMAN
- Memberi arahan yang jelas
- Memastikan pelajar tahu tujuan dan cara melakukan eksperimen
- Memastikan semua pelajar mengambil bahagian
- Mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu
- Memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar lemah
- Memastikan alat-alat dibarisi dan dikemas selepas eksperimen

h) PENILAIAN

- Membuat penilaian terhadap pengajarannya
- Soalan/latihan dapat mengukur pencapaian objektif
- Memberi kerja-kerja lanjutan/homework (jika perlu)

i) PENUTUP

- Memberitahu hasrat
- Merumuskan isi pelajaran
- Menunjukkan gambaran keseluruhan dengan menghubungkan topik-topik kecil atau isi-isi pengajaran


3. KAWALAN BILIK DARJAH

a) DISPLIN KELAS

- Kelas berjalan mengikut masa
- Meja dan kerusi tersusun/teratur
- Pelajar tidak merosakkan peralatan kelas
- Memastikan pelajar mematuhi peraturan
- Memastikan keadaan bilik darjah bersih, kemas dan teratur sebelum atau selepas kelas

b) INTERAKSI

- Guru pelajar                        - mesra
- Pelajar-pelajar                     - sopan-santun
- Pelajar-bahan                      - cermat
- Pelajar dengan guru            - hormat-menghormati

c) KETRAMPILAN GURU

Kelakuan guru di dalam kelas
- Mempunyai sifat kepimpinan/keibuan dan kebapaan

Pakaian
- Kemas/bersih
- Sesuai dengan tugas
- Elok dipandang

Kemesraan
- Bertimbang rasa
- Hormat-menghormati
- Mudah bergaul

Kesopanan
- Lembah-lembut
- Bahasa yang teratur dan bersopan
- Mudah difahami

Keyakinan Guru
- Suara dan peribadi yang menyakinkan

Komunikasi
- Lancar dan jelas
- Mudah difahami












GOTNA

GOTNA adalah portal bagi menyemak secara terperinci maklumat kursus yang perlu dihadiri. Anda perlu mencetak Surat Tawaran Kursus dan diserahkan ke pejabat untuk direkodkan.

Kursus wajib dihadiri kecuali ada kes-kes yang dibenarkan. Anda perlu membuat pengesahan kehadiran di dalam Sistem Gotna. Sekembali dari berkursus, anda perlu menjawab Borang Soal Selidik Kursus secara online di dalam Gotna.


HRMIS

HRMIS adalah Portal Sumber Manusia yang menyimpan rekod maklumat bagi semua kakitangan kerajaan. Guru hendaklah sentiasa menyemak dan mengemaskini maklumat di dalam HRMIS.

Antara perkara-perkara yang perlu disikan setiap tahun adalah:
1. Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
2. Laporan Penilaian Prestasi (LPP)

KEMUDAHAN PERALATAN

LAPTOP


Pihak MARA telah menyediakan setiap guru dengan sebuah Laptop untuk guru membuat pelbagai tugasan dengan mudah tanpa perlu berkongsi dengan orang lain. Apabila berkursus kebiasaannya laptop perlu dibawa bersama.

Sebarang kerosakan sila laporkan kepada Juruteknik Komputer dengan mengisi Borang Kerosakan secara online untuk diambil tindakan.

Kehilangan laptop adalah tanggungjawab guru dan perlu dibayar kepada pihak MARA sebagai ganti rugi.

Guru yang berpindak ke maktab lain atau menamatkan perkhidmatan diwajibkan memulangkan laptop kepada pihak pentadbiran maktab.


PRINTER & MESIN FOTOSTAT 


Di Bilik Kerja Guru disediakan beberapa printer dan sebuah mesin fotostat. Printer turut disediakan di dalam Bilik Ketua Jabatan.





PERATURAN MAKTAB

PERHIMPUNAN RASMI

Guru wajib menghadirkan diri  pada perjumpaan rasmi seperti perhimpunan, homeroom  dan Kokurikulum. Guru wajib hadir mengikut masa yang ditetapkan. Guru yang tidak hadir akan diminta menulis surat tunjuk sebab tidak hadir.


Perhimpunan rasmi diadakan 2 minggu sekali, setiap petang Ahad, bermula pukul 3.15pm di dalam Dewan Al Jazari.


MORNING CALL


Setiap ahad, pukul 8.00 pagi, semua guru yang tiada kelas 7.40 bersama-sama dengan staf wajib menghadiri morning call yang diadakan di Pusat Sumber. 


PUNCH CARD

Puncah card tidak boleh diketik oleh sesiapa pun kecuali diri sendiri. Sekiranya lewat atau terlupa punch in atau punch out, sila dapatkan tandatangan dari Timbalan Pengetua dengan segera.


KELUAR DARI KAWASAN MAKTAB


Semua staf yang hendak keluar dari kawasan maktab di atas hajat yang penting, sila mengisi Borang Keluar Maktab dan dapatkan tandatangan dari Ketua Jabatan dan Timbalan Pengetua.






TUGAS TIDAK RASMI GURU

GURU PENASIHAT HOMEROOM

Homeroom adalah keluarga pelajar. Setiap guru akan diberikan sekurang-kurangnya 15 orang pelajar angkat. Tugas guru homeroom adalah mengambil berat hal-hal akademik, emosi  dan sahsiah pelajar di bawah jagaannya.

Perjumpaan rasmi homeroom adalah setiap dua minggu sekali pada petang ahad, bermula pukul 3.15 petang. Guru homeroom digalakkan mengadakan perjumpaan secara tidak rasmi dengan pelajar homeroom dengan membuat pelbagai aktiviti bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

Setiap aktiviti bersama homeroom hendaklah direkodkan di dalam Fail Homeroom. Segala maklumat mengenai pelajar homeroom hendaklah direkodkan. Pada setiap akhir semester, Fail Homeroom akan disemak oleh Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar.

Guru homeroom juga bertanggungjawab menyediakan Laporan Homeroom bagi setiap pelajar homeroom untuk diposkan bersama-sama Laporan Akademik pada setiap akhir semester. Sila dapatkan borang berkenaan di Bilik Kerja Guru.


GURU KELAS 

Sebuah kelas terdiri dari dua homeroom, guru penasihat homeroom adalah juga guru kelas. Tugas guru kelas adalah memantu kelas supaya sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan ceria.


GURU PENASIHAT KOKURIKULUM

Seriap guru wajib memegang jawatan sebagai guru penasihat kokurikulum. Tugas guru adalah memastikan aktiviti kokurikulum berjalan seperti dirancang oleh pihat maktab.

Guru hendaklah memastikan setiap pelajar di dalam jagaannya berjaya menghabiskan kursus mengikut jam kredit yang ditetapkan dan menandatangani Buku Kokurikulum Pelajar.


AHLI JAWATANKUASA MAKTAB

Setiap guru akan diagihkan tugas sebagai AJK di dalam jawatankuasa maktab yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. Guru perlu memberikan komitmen yang tinggi di dalam melaksanakantugas-tugas yang diamanahkan.

BORANG PROGRAM MENTORING


BORANG PROGRAM MENTORING
 MRSM PENDANG

NAMA GURU: ……………………………………………………………………………………………………….

NAMA MENTOR: …………………………………………………………………………………………………..
SENARAI SEMAK AKTIVITI MENTORING MENGIKUT FASA. SILA TANDAKAN (    ) PADA RUANGAN CATATAN YANG DISEDIAKAN APABILA SELESAI SESUATU AKTIVITI.

FASA 1: PENGALAMAN PRA-MENGAJAR / MASA: 2 HARI
AKTIVITI PENGENALAN / MASA: HARI 1-2
CATATAN
TINDAKAN
1.       Pengoperasian maktab


2.       Harapan maktab terhadap guru


3.       Harapan maktab terhadap pelajar


4.       Budaya maktab – morning call, dll


5.       Aktiviti induksi



FASA 2: PENGALAMAN AWAL MENGAJAR / MASA: MINGGU 1-4


1.       Perancangan dan persediaan (Silibus, Huraian Sukatan Pelajaran, , skema kerja, contoh-contoh rancangan pengajaran & modul pengajaran.  Mentee membuat pemerhatian di dalam kelas mentor dan sebaliknya. Mentor mesti menyimpan buku log yang mengandungi tarikh dan masa pertemuan, tujuan pertemuan serta pencerapan kelas)



2.       Pengurusan kelas
·         Mewujudkan / menetapkan ruitn  dan prosedur di dalam kelas seperti  ketepatan masa belajar dating ke kelas, tempoh masa penyerahan tugasan, keluar & masuk ke kelas, kedatangan, jadual bertugas, dll.)



3.       Perkembangan pengajaran – permulaan, perkembangan & penutup yang mengandungi:
·         Objektif pengajaran dinyatakan dalam bentuk objektif perlakuan & dapat dinilai.
·         Sumber – buku teks, buku rujukan, poster, internet, PSP, lawatan dll.
·         Penilaian pengajaran
·         Refleksi – untuk membantu mentee mengetahui kekurangan & kekuatan dalam pengajaran.



FASA 3 : MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN DLM PENGAJARAN / MASA: BULAN 2-6


1.       Berkomunikasi dengan jelas dan tepat (mengajar sehingga faham)


2.       Menggunakan teknik penyoalan & perbincangan


3.       Menggalakkan pelajar belajar


4.       Memberikan maklumbalas kepada pelajar


5.       Memperlihatkan fleksibiliti & respons


6.       Menggunakan bentuk / jenis interaksi yang sesuai bagi menyokong pembelajaran


7.       Memahami isu etika dalam kelas (bahasa yang betul, mengawal emosi, pakaian yang sopan, dll)



FASA 4 : MENGHAMPIRI TAHAP KOMPETEN MEMUASKAN / MASA: BULAN 7-12


1.       Mengenalpasti pelbagai strategi pengajaran yang dapat digunakan & tahu kenapa sesuatu strategi itu diutamakan. Stail pengajaran:
·         Ulangkaji & Latihtubi
·         Kuliah / Pensyarah Jemputan
·         Perbincangan
·         Projek Independen
·         Pusat Pembelajaran / Minat
·         Simulasi / Main Peranan / Drama
·         Permainan
·         Projek
·         Pembelajaran Interaktif
·         Lawatan / Demonstrasi
·         Peer – Tutoring / Mentoring
·         Pembelajaran Kooperatif



2.       Tugas bukan akademik (HR, SEM, dll)


3.       Pemerhatian Pengajaran